Sunday, 10 November 2013

Homemade masker.. :D

Assalammualaikum smua.. 

Selamat berhujung minggu. Hari ni sue nak kongsikan kat u'll cmne nak buat masker sendiri. FYI, sue lebih suka search kat google cara-cara nak buat masker menggunakan bahan-bahan semulajadi contohnya herba, buah-buahan, dll. Kan orng cakap bahan semulajadi tu lebih bagus untuk kulit sebab tidak mengandungi sebarang bahan kimia, dijamin HALAL & SELAMAT..ihihihi...  Ingredient untuk buat masker senang jer nak dapat, kat dapo umah korang mesti ada punye la.. Apa yang korang perlukan ialah, 

-satu sudu serbuk kunyit
 -satu sudu madu asli 
 -sedikit serbuk kayu manis.

see, senang kan.. campurkan aje kesemua bahan tu & bolehlah letak kat muka & leher, tp sebelum tu bersihkan muka dengan air ye..biarkan selama 20 minit & boleh bilas.. Korang akan dapati  kulit muka korang akan berwarna kekuningan sedikit, soo JANGAN PANIC ok, ianya sementara je.. dlm beberapa jam warna tu akan hilang sepenuhnya.. nie, sue nak bagi TIPS sedikit, kalau korang nak sapukan masker ni make sure korang free dr apa2 aktiviti outdoor, nanti tak pasal2 keluar dengan kulit muka kekuningan..hihi.. org ingat kan ko jaundice plak..



+


haaa..macam ni la rupa kalau kesemua ramuan dh dicampur.. senang kan, tak yah nak susah2 cari benda lain. Guna serbuk kunyit pon dh cukup. Dahla kos xmahal, senang plak tu. Dan yang paling penting kulit muka korang akan lebih segar & mulus.. gituuuu!!.. Selalu nya sue akan pakai masker nie sebulan sekali or 2 minggu sekali, depend dengan kerajinan sendiri la kan.. kalau malas sebulan sekali le jawabnya..hihi..

xoxo!! daaaa..!! :D

No comments:

Post a Comment