Sunday, 3 November 2013

Sesi berkenalan..chewahhh!! jom terjahhh..

BIODATA TUAN TANAH
Assalammualaikum smua.. :D
Seperti yang sue janjikan dalam entry pertama, sue nak menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang sue. Korang dh ready? Banyak yang sue nak kongsikan bersama..hihihi.. ok, here we go!
Mami bapak kasi nama kat den Suriani binti Iskandar.. berumur sekitar 22 tahun..(ayat skema tol..aiyoookkk).. sue dh berkahwin yer tuan-tuan & puan-puan sekalian, takmo ade msj2 pelik2 nak ngurat okeh..hahahahahah..perasannn le tuuuu.. sue ade 5 orang adik beradik & sue sgt bertuah dikurniakan 2 orang kakak yang owsome cantik-cantik & abang-abang yang hensem lagi kacak bergaya..gituuu!! mau kembang hidung dorang baca entry nih…hahahahaha.. mesti korang dapat agak kan yang sue ni anak BONGSUUUU!! Hihihi.. jadi anak bongsu ni boleh mintak ape je dr kakak-kakak & abang-abang tersayang..minta duit, minta itu, minta ini..hahah..syorgaaa nyerrr jadi adik kan, kan, kannn.. :P tp aku baik, aku tak mintak selalu, masa pay day je aku mintak…hahahaha, baik tak baik tak!! Now, aku introduce kan kat korang my beloved mom, dad, sisters & brothers..


Haaaa… ni la keluarga besar sue.. yang dudok tengah-tengah ala2 pinang dibelah dua tu mami & bapa sue.. cantik tak, hensem tak.. Mak sue berbangsa bidayuh & bapa sue pula berbangsa cina, dipendekkan cerita, mak bapa sue memeluk agama islam selepas mereka mendirikan rumah tangaa.. mean that, kitorang anak beranak berdarah mixed. Alhamdulillah, kerana mami bapa sue mendapat hidayah yang terbesar dari Allah SWT. Maka lahirlah kami adik beradik ke dunia.

Ok, mesti korang tertanya2 yang mana satu kakak & abang sue, aaa..wanita yang memakai baju kurung wana pink gitewww tu kakak sulong sue, antara kakak yang paling garang tp sangat penyayang..*terharu leww tuuu..hihi.. ranking yang kedua pula dipegang oleh abg  yang hensem lagi bergaya dengan baju melayu warna hitam tu.. abg sue ni tau, dari kecik sampai sue besar dia tak pernah marah kat sue, walaupun sue ni suka nah marah2 kat dia, ala adik bongsu katakan..hihi.. ranking yang ke 3 pula adalah kakak sue yang kedua, yang pakai tudung warna  kuning ala2 kerabat diraja tuh..hihi.. kakak sue ni la antara kakak yang paling nakal & suka buat bnda pelik2, menari menyanyi yang pelik2.. pelawak dalam family..hihi.. dan ranking yang ke 4 abang sue yang ala2 hero Hindustan (baju melayu kuning) tu, ade mirip salman khan tak??…hihiihi..jangan marah bro..nnti kene juaiiii..hihi.. kesemua kakak-kakak & abang-abang sue smua dh mendirikan rumah tangga, kecuali yang hero Hindustan tu je belom lagi, insyaAllah bulan 12 nie dia akan naik ke jinjang pelamin.. ehh, aku yang bongsu ape kesss.. dh melangkah bendul.. ala, tu la org cakap jodoh dtg dulu..kihkihkih…


Ni pulak gambar bersama-sama dengan kakak-kakak ipar, abg-abg ipar & anak-anak buah tersayang. Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah kaum kerabat keluarga kitorang. Bertambah ceria lagi dengan karenah anak-anak buah yang comel & super active..hihi.. time nie, sue blom bkahwin lagi, masih bergelar tunangan org, FYI, si suami yang ambil pic kitorang.. photographer katakan..hiihhii…

Introducing….


My lovely Puan Yanti Abdullah & Encik Iskandar Abdullah. *romantic kan.. J
Terima kasih kat mami  bapak kerana telah melahirkan kami adik beradik &  mendidik kami menjadi insan yang berguna & berjaya dalam hidup. Tanpa mami bapa siapalah kami kan. Terima kasih atas kasih sayang yang tak terhingga dari lahirnya kami ke dunia sampailah dah meningakat usia sekarang.. kasih sayang mami &bapak IS THE BEST IN THE WORLD. Tiada sesiapa pun dapat gantikan tempat diorang di hati kita.. betol tak u’ll, apa pun yang berlaku, selagi kita masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka sepenuhnya seperti mana mereka menyayangi kita.. huhu.. I LOVE U MAMI BAPAK.. sedih plak sue.. rindu sangat kat diorang.. L.. sue nak balit umahhhhh!!!





Eh!!! Sapa ni??.. aaa… sue kenalkan kat korang my bff (boyfriendforever) a.k.a suami kesayangan sue.. encik Hajiman Madli.. serius nah muka tu bang..hihihi.. korang jgn hairan ek, muka hubby sue ni mmg serius jer masa bgambar, nak nmpk macho le tuuu..hiihihi.. xpe2, jnji dia romantikk & I love u so muchhh…hahahahah.. muahhhhxxx.. :D

That all utk entry kali ni, see u guy next time yer.. Assalammualaikum..Xoxo!! J



*sorry ek, kalau pic tu besar sgt, terlebih sudah.. hihi..
sue blom mahir lagi bab2 dalam blog nie.. 
saya baru belajar maaa.. ihihi..enjoy ur reading.. daaaa... :)


No comments:

Post a Comment