KITA ONCALL
MINGGU NI..
Assalammualaikum smua, sihat??
Hopefully
smua dlm keadaan yang sihat & happy. Sue baru je balik dari klinik tadi,
macam biasa kalau sabtu minggu cmni, ibu-ibu yang baru je bersalin akan bawa
baby diorng cek serum bilirubin, bahasa kampong org cakap ‘cek kuning’..aaa..sebagai
seorg MLT medical laboratory
technology, ini adalah
salah satu tugas sue. Hampir hari-hari dok cucok tumit kaki baby..sakit?? baby
tu siap meraung bagai..hihi.. kesian tu mmg la ade kan, tp nak buat mcm mana,
terpaksa gak jadi kejam skejap..ihihihi…demi kesihatan baby.
Nak tengok cmne prosedur ambil blood
untuk serum bilirubin?
First of all, tumit kaki baby tu kena bagi steril
dulu sebelum dicucuk, tujuannya untuk mengelakkan jangkitan. Lepas tu, lancet
iaitu jarum khas untuk cucuk bahgian tumit kaki baby kan digunakan. Prosedur nya
mengambil masa sekejap je, kadang-kadang tak sampai pon 1 minit, lihat gambar
kat bawah sebagai contoh.
Nie la lancet yang sue maksudkan
tu..comel kan..hihi
Dalam lancet ni dh ade jarum tau, Cuma halakan
hujung lancet tu kat tumit kaki bayi
& tekan je butang warna purple dekat
belah kiri tu..
Cmni la rupa kaki baby lepas dicucuk,
pastu tumit kaki baby tu akan dipicit perlahan-lahan untuk keluarkan darah
sedikit demi sedikit, proses nie perlu dibuat berhati-hati tau, sbb kaki baby
tu masih kecil lagi..baby baru lahir katakan..
Kemudian, darah yang keluar tadi akan
disedut menggunakan ‘tube cappilary’. Darah akan automatically tersedut dalam
tube tu. Senang kan??
Kemudian tube capillary tadi akan
dimasukkan dalam centrifudge (alat pengempar) bertujuan untuk memisahkan darah
dan juga serum. Nak tengok result nya mcm mana..
Ini la yang sue maksudkan tu, selesai je
proses mengempar, darah & serum akan terpisah. Yang warna merah tu darah
dan yang berwarna kuning tu adalah serum. Jadi, bacaan pada serum akan
menentukan paras bilirubin seseorang bayi.
Lastly, paras bilirubin bayi tadi akan diukur
menggunakan sejenis analyzer iaitu
bilirubinometer. Analyzer yang sue digunakan kat makmal sebiji je macam gambar
kat atas tu. Itulah analyzer yang sue guna tiap-tiap hari. Dan ini salah satu
kerja harian sue di makmal.
So far, I love my job,
walaupun kebanyakan org ramai tak kenal & tak tahu apa tu MLT. Ye la yang diorg
tahu cuma, doktor, nurse, MA je kan.. hihihihi. Pe pun, sue bersyukur dengan
rezeki yang Allah berikan & sue berbangga dengan kerjaya sue sebagai salah seorang
ahli paramedic.
Nanti, kalau sue dh
ada anak, sue nak suruh dia ikut jejak langkah sue je la..ihihiih.. interesting
tau kerja jd MLT nie, ala2 macam cerita CSI gitu..hiihihi…
Sue harap entry kali
nie dapat memberi sedikit sebanyak info pada smua & ibu-ibu yang bakal
melahirkan cahaya mata. Kalau nak tau lebih lanjut korang bolehlah search kat google
k. kadang-kadang ilmu camni penting tau untuk org yang dh berumah tangga.
InsyaAllah next entry sue akan ceritakan info yang lain pulak.
Ok, perut pun dh lapa
nie.. nak masak then makan..ihihih.. sehingga berjumpa lagi..
Xoxo..Assalammualaikum..
:D





No comments:
Post a Comment